Sunday, December 28, 2008
Norzam berkata, Tuanku Ja'afar kemudian dibawa ke HTJS dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha dilakukan oleh doktor pakar, termasuk memberi rawatan kecemasan.
"Bagaimanapun, baginda disahkan mangkat kira-kira jam 11.45 pagi," katanya.
Norzam berkata, jenazah Almarhum akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk istiadat penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.
"Istiadat pengebumian akan diadakan selepas solat Asar Isnin ini.
“Jenazah akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai mulai petang ini (semalam),” katanya.
Sehubungan itu, Norzam berkata, Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari, bermula semalam.
Sepanjang tempoh itu, semua premis, pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang.
"Dalam tempoh itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih, manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.
"Selain itu, semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh (dihentikan) sepanjang tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini (semalam),” katanya.
Norzam berkata, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London sudah dimaklumkan mengenai berita kemangkatan baginda dan beliau dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi, hari ini.
i will disappear; helpless.
7:06 AM